TENTANG TOK
Assalammualaikum, semua, segala puji-pujian keatas setiap kejadian dari 7 petala langit dan bumi, Tiada ada upaya diri ini akan sesuatu walau sezarah. Hanyalah tempat laluan semata-mata. Terima kasih dengan izinkaNya, anda kini berada di Page Tok. Tujuan tok buat page ini sekadar ingin mengeratkan hubungan diantara mereka yang telah mengenali tok di alam maya. Manalah tahu satu masa kita dapat bersua, tok tinggal di perak sahaja, sampai sini boleh singgah-singgah minum.
Tok orang yang simple, mempunyai banyak minat dan minat sentiasa berubah-rubah. Tok suka hiking, tok suka bersendiri, tok suka bermain muzik gitar, seruling, drum dan menyanyi juga, tapi bukan level pro, level sekadar boleh bunyi sahaja. Dengan minat ni banyak juga lagu yang tok buat, tapi yang berjaya di record hanya 2 lagu, Almaklumlah tok tinggal di kampung nak ke Kuala Lumpur buat rakaman bukan mudah. Kalau nak dengar lagu tok boleh search TOK PUTIH (youtube, itune, spotify, deezer ) dalam karaoke pun ada type ja TOK PUTIH.
Selain dari tu tok juga suka mencari perkara-perkara yang ghaib seperti, lokasi misteri, bersejarah, berhantu dan banyak lagi nak cerita. Sampai bila sampai rasa sesuatu, tok akan tidur didalam hutan seorang diri. Jika mahu cerita pengalaman banyak, sebab itu kes acap yang hilang tok turun, memang tok bermalam bersendirian disana. Tak semua video tok sempat upload. Tapi pengalaman paling best berjumpa dengan bunian.
Tok juga minat scuba atau menyelam di lautan, memang ada lesen diving mengajar. Tapi dah stop untuk mengajar. Sekarang cuma diving bila boring. Sapa yang nak diving dengan tok bagi tahu la. Disebabkan diving tok terjebak pula dengan Video editting, bermula dengan shooting, colour grading, buat LUT dan beli Dsrl camera dekat 3 biji, pernah cadang mahu beli camera RED gara-gara nak sama warna macam movie dan mahukan dynamic range sama macam filem. Last-last tersedar, ni semua kerja gila, bukan mahu buat movie. Setakat video klip boleh sewa ja camera tu RM800/day.
Tok juga minat mendalami kitab-kitab lama dan juga lagu-lagu melayu lama besertalah pakaian-pakaian melayu lama. Seruling silat tu ibarat semangat dalam diri, walaupun tok bukan tahu silat sangat. Barang lama juga tok ada simpan seperti keris, tombak dan macam-macam lagi.
Tok juga minat berniaga dan agak mahir dalam bidang pengiklanan. Zaman tok waktu internet dailup lagi, waktu tu facebook pun belum wujud, google pun tiada ini kan whatsapps. Tok start dari zaman dailup buat website. Kalau sapa-sapa sezaman dengan tok ingat lagi zaman friendster, myspace dan Mirc (Chanel kampung). Waktu zaman myspace semua asik codeing untuk page masing, sampai berat tak boleh load. heheh Bila Facebook dan google wujud tok orang pertama yang buat iklan. Kos iklan amatlah murah sangat, sebab tak ramai orang tahu lagi.
Waktu tu bila cakap berniaga online, semua macam tengok sebelah mata sahaja. Boleh ke buat duit? berapa sangat boleh dapat? macam-macam la. Ada yang cakap jual dadah la dan macam-macam. Padahal tok rokok pun tak isap. Tok start zaman phone motorola berat dekat 1kg, lepas tu baru masuk nokia. Semua phone nokia tok dah rasa. Zaman berubah begitu pantas.
Tok suka mengkaji pemikiran manusia, suka melihat watak manusia, masuk kedalam manusia itu. kerana dari situ tok sebenarnya melihat diri sendiri jua. Tok suka melihat manusia gembira, dan tok puas jika mampu membantu sesorang. Tak kisah dari segi apa. Adakalanya tok dihadirkan dengan buah fikiran untuk menyelesaikan masalah seseorang. Apabila ianya selesai tok suka melihat senyuman dan kepuasan dari orang tersebut. Itulah adalah bermakna dalam hidup tok.
Tok juga berhajat untuk menakluk dunia, walaupun itu sangat mustahil sebenarnya. Tok melihat manusia mengejar wang yang dicipta nilainya. Dan nilai itu berbeza-beza. Kenapa tidak disamakan nilai RM1 dan USD1. Baru kita tahu siapa yang patut bekerja dengan siapa dan siapa yang mampu mengawal dunia dengan adil. Kita bekerja untuk mendapat wang padahal mereka hanya cetak. Sehingga sekarang tok merasakan sistem wang tidak lagi releven dengan 2022, ianya harus ditukar.
Ok lah, setakat ni sahaja, nanti tok sambung lagi…. 🙂