Gelap Gelita Cerah Kembali

Apabila berpisah dengan kekasihku
Penuhlah duka nestapa di hatiku
Sing hari tidak senang hatiku
Malam hari tidak tidur selalu
Kepada siapa hendak mengadu
Hendakku ceritakan kepiluanku
Tiada siapa yang tahu
Tiada siapa yang mahu tahu
Malam gelap gelita
Tapa cahaya
Teraba-raba
Resah gelisah tak tentu arah
Waktu berlalu tapa henti
Hati gundah setiap hari
Lemas rasanya dalam hati
Kerana kekasih jauh pergi
Bila kekasih menghampiri
Terubatlah rasanya hati
Gelap gelita cerah kembali
Duka nestapa tiada lagi
Kabir berkata: “Dengarlah saudaraku
Bertemu dengan Kekasih puncak kepuasan diriku.

Leave a Reply