Selamat Mengambut Ramadhan 2022

Selamat Mengambut Ramadan 2022 buat semua yang mengenali tok, Berpuasa bukan bermaksud hanya menahan diri dari Makan dan Minum, salah satu tujuan berpuasa adalah untuk mematikan diri sebelum mati. Atau dalam erti kata lainya menjadi mayat hidup. Jangan pula di salah ertikan bahasa yang tok gunakan, kerana bahasa sering terhijab. Buang upaya diri, hanya Allahlah yang berkuasa atas sesuatu, manusia itu kosong. Mencuci mata, tangan, kaki dan anggota lain itu mudah, tetapi bersuci itu sukar. Kerana bersuci memerlukan zahir dan batin. Semoga tahun ini memberi rahmat buat semua umat manusia.

Leave a Reply