Berdiam Dalam Kebenaran

Apabila anda menemui kebenaran, anda harus mendiamkan diri kerna kebenaran tiada tempat pada umum. Walau diri ni sudah mencuba untuk berkongsi atau berpesan- pesan. Tiada benar atau salah, bezanya cuma bagaimanakah setiap manusia itu menjalani kehidupan mereka dimuka bumi ini.

Berdiam diri adalah jalan terbaik, berkongsi pada mereka yang ditakdir Allah untuk memiliki kebahagian tersebut. Adakalanya mereka datang, dan kita berikan sesuai dengan apa yang digerakkan. Namun kefahaman adalah milik Allah jua.

Allah itu maha pemurah dan penyayang, Sekali jatuh cinta, Hilanglah diri !! Sama ada mereka yang merasa atau tidak, itu juga bukan pengukur dalam kehidupan. Kenal atau tidak bukan urusan dan bukan pula menjadi ketetapan. Bila sudah jatuh cinta, tak mungkin dia mahu kekasihnya di rampas orang.

Dunia ini memang benar semuanya adalah khayalan, yang penuh dengan angan-angan. Manusia mencari kesenangan dengan pelbagai cara, sehingga sanggup bermatian. Mengorbankan diri, masa, usia dan kesihatan semata-mata untuk mencapai perkara yang dianggap bahagia atau bermakna dalam hidupnya. Sedangkan tiada yang lebih bermakna, melainkan tidak memiliki apa-apa di dunia ini. Ya TIDAK MEMILIKI APA-APA.

Jika anda mampu berbahagia atau senang tanpa memiliki apa-apa, itulah satu kesedaran atau hijab yang tiada tolok bandingnya. Berhajatkan untuk memiliki selepas kematian juga tidak akan membuat anda merasa bermakna, anda masih lagi dalam orang-orang yang mahu memiliki sesuatu. Mahu memiliki itulah membuat hidup anda sensara dan tidak tenteram.

Belajarlah untuk tidak mahu memiliki dari memiliki apa-apa.

balang kosong

Leave a Reply