DAUN & ULAT
Tatkala sementara nyawa menjelma,
Di ufuk pemisahan daun berguguran dan ulat merayap bersandar,
Manusia bersenandung dalam dada mencari rasa puas.
Mereka mengejar bahagia, kian lara dan sederhana,
Cukup untuk menyentuh hati dan tenang bersama,
Menggapai pangkat dan kekayaan, dihujung dunia merentang.
Mencari sihat, cinta, dan memiliki,
Mengejar hak dan milik di jalan yang panjang,
Tapi di sini Tuhan berfirman, dalam bisikan angin dan air.
Kebajikan membawa iman, berpijak di syurga,
Di keluarga, saudara, sahabat, dan kawan,
Di tanah, gunung, bukit, hutan dan rimba.
Kebajikan bermadu dengan makhluk, pokok dan seisi alam,
Menyatu dalam keharmonian yang indah bak senandung falsafah,
Pengorbanan demi kebaikan alam semesta, tanda kasih pada Sang Pencipta.
KISAH
Sekadar perkongsian tok, sewaktu Tok berada di Bukit Bangkong Tanah Hitam, Pertama Pokok menjalar yang memegang sehelai daun sehingga daun gugur, Kedua, tok lihat 2 ekor ulat, satu berada dibawah dan satu lagi di atas, dibawah mengawal pergerakan, diatas melihat pergerakan dibawah. dibawah memikul beban di atas, diatas mengikut segala percaturan dibawah. Dalam masa yang sama diatas masih memiliki apa yang dimahukan.
Dengan Penyaksian ini lahirkan Qalam yang tok mahu kongsikan, supaya memberi kebaikan berguna buat anda semua.