Erti Hayat ?
Hayat bermaksud Hidup, perkataan ini sangat popular bagi mereka yang mempelajari sifat Allah yang 20.
1. Wujud = ada
2. Qidam = sedia
3. Baqa’ = kekal
4. Mukholafatuhu lilhawadis = bersalahan dengan yang baharu
5. Qiamuhu binafsih = berdiri sendiri
6. Wahdaniah = esa
7. Qudrat = kuasa
8. Iradat = menghendaki
9. Ilmu = mengetahui
10. Hayat = hidup
11. Sama’ = mendengar
12. Basar = melihat
13. Kalam = berkata-kata
14. Qodirun = maha berkuasa
15. Muridun = maha menghendaki
16. Alimun = maha mengetahui
17. Hayyun = maha hidup
18. Sami’un = maha mendengar
19. Basirun = maha melihat
20. Mutakallimun = maha berkata-kata
20 sifat-sifat Allah terbahagi kepada 4 bahagian.
1. Bahagian sifat Nafsiah
2. Bahagian sifat salbiah
3. Bahagian sifat Ma’ani
4. Bahagian sifat Ma’nawiah