BAB 1 Setelah menyiasat pelbagai jenis ilmu yang aku miliki, ternyata aku tidak mempunyai ilmu seperti vang demikian iaitu ilmu yaqini melainkan hanya memiliki pengetahuan yang berbentuk hissiyat' dan pengetahuan yang berbentuk dharurival. Maka aku katakan: "Memandangkan kini rasa putus asa telah menguasai diriku, maka tada gunanya mengkaji sebarang masalah kecuali berasaskan hal-hal yang telah jelas secara sendirinya, iaitu kebenaran-kebenaran yang dapat dicerap dengan pancaindera dan berbentuk dharuriyat. Namun aku perlu terlebih dahulu membuat penilaian atas hal- hal tersebut agar aku dapat merasa pasti tentang persoalan ini. Adakah pergantunganku terhadap daya pancaindera dan keyakinanku terhadap kesahihan kebenaran-kebenaran dharuriyat sama dengan keyakinan aku terhadap kepercayaan-kepercayaan yang aku pegang sebelum ini secara taklid dan sama seperti keyakinan yang dimiliki kebanyakan orang terhadap natijah-natijah pemikiran? Atau apakah kevakinan itu sesuatu yang wajar dan tidak akan tersasar atau hancur?" Maka aku selidiki dengan bersungguh-sungguh untuk meneliti kebenaran-kebenaran berasaskan cerapan pancaindera dan berbentuk dharuriyal untuk melihat sama ada kedua-dua perkara itu boleh meragukan diriku ataupun tidak? Kesan daripada pernyataan in menyebabkan aku tenggelam dalam keraguan dan akhirnya aku tidak mempercayai pengetahuan berasaskan cerapan pancaindera lagi. Keraguanku ini mula merebak dan berkata: "Dari mana pergantungan kepada cerapan pancaindera ini datang?" Deria yang paling kuat ialah deria penglihatan. Apabila a melihat bayang, ia dapati bayang itu tetap dan tidak bergerak, maka a memutuskan bahawa bayang itu tidak bergerak. Kemudian, dengan ujikaji dan pemerhatian selama lebih satu jam, deria penglihatan mengetahui bahawa bayang-bayang itu boleh bergerak. la tidak bergerak secara mengejut, tetapi dengan cara berperingkat sezarah demi sezarah dan sebenarnya bayang-bayang itu tidak pernah berhenti daripada bergerak. Contoh lain, deria penglihatan melihat bintang- gemintang di langit, a nampak sangat kecil seperti syiling dinar, kemudian dengan perkiraan geometri ternyata menunjukkan bahawa ukuran bintang itu sebenarnya lebih bear daripada bumi. Dalam perkara ini dan keadaan-keadaan yang mirip dengannya, deria sebagai penilai membuat penentuan, tetapi penilai yang lain, iaitu akal, berkali-kali menunjukkan kepada penilai pertama tadi bahawa a tersalah dan tidak ada jalan mempertahankannya. Berdasarkan perkara ini, maka aku berkata: "Pergantunganku kepada pengetahuan berasaskan cerapan pancaindera telah musnah. Barangkali tidak ada sumber lain untuk bergantung melainkan hanya bergantung kepada pengetahuan berbentuk agliyat yang merupakan pengetahuan awwaliyyat', seperti kita katakan: Sepuluh lebih banyak daripada tiga, nafi dan isbat tidak akan berhimpun dalam satu perkara yang sama pada satu-satu masa, sesuatu perkara itu tidak boleh bercampur baharu dan gadim, serta tidak boleh pada masa yang sama: ada wujud dan tiada, ada wajib dan mustahil." Pancaindera membalas: "Bagaimanakah kamu merasa selamat dengan kepercayaanmu kepada kebenaran berbentuk agliyat? Dulu kamu sangat mempercayaiku, tetapi selepas akal datang membuat penentuan, kamu mendustaiku pula. Kalaulah bukan kerana akal sebagai penilai datang membuat penentuan, sudah tentu kamu akan berterusan mempercayaiku. Mungkin di sebalik tanggapan akal itu, ada satu penilai lain lagi yang boleh membuktikan kepalsuan tanggapan akal sebagaimana pada ketika ini akal dapat membuktikan kepalsuan cerapan pancaindera. Sekalipun daya penilai ini belum muncul lagi, tidak bermakna ia mustahil tidak ada." Hujah pancaindera ini membuatkan diriku teragak-agak hendak menjawabnya. Perkara yang berlaku dalam mimpi ketika tidur menjadikan kemusykilan in bertambah rumit. Pancaindera berkata: "Tidakkah kau lihat, ketika tidur engkau mevakini sesuatu dan membayangkan keadaan tertentu, menyangka semua itu kukuh dan berpanjangan, dan selama mana engkau berada dalam keadaan mimpi itu kamu juga bahkan tidak meraguinya? Tidakkah setelah terjaga, barulah kamu sedar apa yang kau khayalkan dan percaya itu ternyata tiada asas dan tidak member sebarang kesan apa-apa pun. Jadi, mengapa engkau merasa begitu akin dengan kepercayaan-kepercayaan yang engkau dapati pada waktu sedar, sama ada berasaskan cerapan pancaindera atau akal, adalah tulen? Kepercayaan-kepercayaan itu benar dalam keadaanmu sekarang; tetapi mungkin akan datang pula satu keadaan di mana kesedaranmu dalam keadaan berjaga itu boleh disamakan dengan kesedaranmu ketika bermimpi. Berbanding keadaan baru itu, kesedaran dalam jagamu sekarang ini akan menjadi seperti mimpi! Apabila engkau memasuki keadaan itu, engkau akan merasa pasti bahawa semua tanggapan akalmu ialah khayalan kosong." Mungkin keadaan baru itu yang didakwa oleh abli sufi sebagai 'keadaan' khusus bagi mereka, kerana mereka menganggap dalam 'keadaan' itu, yang, terjadi ketika mereka tenggelam dalam din sendiri dan tidak dipengaruhi ole pancaindera, mereka menyaksikan keadaan yang tidak sejajar dengan dasar-dasar ma 'qulat (perkara yang masuk akal) Mungkin 'keadaan itu' ialah kematian, kerana Rasulullah sAw pernah bersabda: "Manusia itu tidur, apabila mereka mat.... barulah mereka terjaga." Kemungkinan juga kehidupan di dunia ini seperti tidur jika dibandingkan dengan hari akhirat, maka apabila seseorang mati, jelas baginya semua perkara vang dia saksikan berbeza dengan apa yang dia saksikan sekarang. Ketika itu dikatakan padanya: "Maka kami singkapkan daripada kamu penutup yang menyelubungimu, maka penglihatan kamu pada hari itu amat tajam." {Qaf: 22} Apabila persoalan-persoalan ini muncul dalam benak dan menggoncang jiwaku, aku cuba mencari jalan untuk memulihkan penderitaan ini. Namun bukan mudah. Persoalan sedemikian hanya boleh dirungkai dengan pembuktian; tetapi pembuktian memerlukan pengetahuan awwaliyyat. Bagaimanapun, memandangkan semua itu tidak dapat diterima sebagai meyakinkan, maka mustahil untuk melakukan pembuktian. Persoalan itu membingungkan, dan ia berlarutan selama hampir dua bulan. Dalam tempoh itu, penyakit ini semakin parah, hampir dua bulan lamanya. Sepanjang dua bulan itu, aku menjadi seorang peragu, iaitu seorang peragu daripada segi hal-keadaan, bukan secara teori mahupun daripada segi percakapan. Akhirnya Allah Ta'ala menyembuhkanku daripada derita itu; jiwaku sejahtera dan seimbang kembali. Aku kembali menerima aka dharuriy sebagai sesuatu yang boleh diterima dan dipercayai secara meyakinkan. Keadaan aku pulih bukan menerusi pembuktian yang tersusun atau pun hujahan yang teratur sebaliknya dengan cahaya yang Allah wT campakkan ke dadaku. Cahaya itulah menjadi kunci kebanyakan pengetahuan. Sesiapa yang menyangka bahawa pemahaman tentang hal-hal ketuhanan bergantung pada dalil-dalil yang boleh menghuraikannya, maka dia sebenarnya telah menyempitkan rahmat Allah Ta'ala yang luas. Ketika Nabi sAw ditanya tentang maksud perkataan al-syark yang terkandung dalam firman Allah SwI: "Sesiapa yang Allah kehendaki untuk diberikan hidayah, nescaya Dia akan melapangkan dadanya untuk menerima Islam." {al-An'am: 125} Baginda menjawab: "la cahaya yang disuluhkan oleh Allah Ta' ala ke dalam hati, maka dengan cahaya itu lapanglah dada." Baginda ditanya lagi: "Apakah tandanya.?" Jawa Nabi sAw: "Meninggalkan dunia yang penuh tipu daya ini, dan menuju ke tempat yang kekal abadi.» Inilah cahaya yang disebut oleh Nabi SAW: "'Sesungguhnya Allah Ta'ala menciptakan makhluk dalam kegelapan, kemudian Dia merenjiskan sebahagian cahaya-Nya atas mereka."? Maka daripada cahaya itulah sepatutnya seseorang itu berusaha mendapatkan kasyaf. Pada beberapa ketika dengan kemurahan Ilahi cahava itu akan terpancar. Maka seseorang itu perlu sentiasa bersiap-sedia untuk mendapatkan sat yang istimewa itu, seperti sabda baginda Nabi sAW: "Sesungguhnya pada ketika-ketika tertentu dalam hayatmu, Allah menganugerahkan hembusan rahmat-Nya. Bersiap sedialah untuk mendapatkan penganugerahan itu." Maksud daripada hadis di atas ialah supaya kamu berusaha bersungguh-sungguh dalam menuntut ilmu, sehingga kamu hampir sampai ke tahap mencari pengetahuan yang [pada asalnya] tidak kamu cari Sesungguhnya ilmu awwaliyyat tidak dicari, kerana ia sedia ada dan akan hadir jika diminta. Perkara yang sifatnya sedia ada, akan hilang dan bersembunyi jika a dicari-cari. Bagaimanapun, apabila seseorang manusia mencari ilmu sedemikian, dia tidak akan sekali-kali didakwa culas dalam pencariannya.