PENGANTAR
SULALATUS SALATIN adalah judul asal Sejarah Melayu. Dan judul asal inilah yang digunakan untuk versi terbaru ini. Sepanjang yang diketahui versi ini telah menunjukkan beberapa kelainan yang jelas dan ia lebih mendekati karya asal sekiranya dibandingkan dengan versi-versi yang sedia ada iaitu Shellabear, Abdullah Munshi dan Winstedt Raffles Mss. No. 18.
Penghargaan sewajamyalah diberikan kepada Encik A. Samad Ahmad yang telah melakukan satu kajian yang khusus dan teliti bagi menyediakan versi ini. Siapa saja sudah pasti akan dapat merasakan betapa sukamya untuk membuat kajian bagi sesebuah karya yang lama seperti Sulalatus Salatin ini. Ia menuntut satu gabungan usaha yang sulit dan rumit, selain menghendaki ketelitian dan ketekunan yang tidak jemu-jemu. Inilah yang telah dilakukan oleh penyelenggara buku ini sewaktu beliau menjadi Penulis Tamu di Dewan Bahasadan Pustaka dalam tahun 1978. Latar belakang hidupnya banyak mendorong beliau mengeTerigahkan semula cerita-cerita lama kepada masyarakat han ini. Sejak kecilnya lagi beliau telah mula berminat membaca hikayat-hikayat lama sehingga beliau mengenali banyak jenis karya tersebut. Minatnya yang begitu mendalam kepada karya jenis itulah yang memungkinkan terhasilnya Sulalatus Salatin ini di samping beberapa buah yang lain seperti Batu Belah Batu Bertangkup , Nakhoda Teriggang, Singapura Dilanggar Todak, Laksamana Tun Tuah, Dosaku, Zaman Gerhana dan lain-lain. Di samping sebagai seorang penulis, Encik A. Samad Ahmad juga adalah seorang wartawan dan pejuang politik di peringkat awal kebangkitan
nasionalisme di Malaysia. Beliau pernah menjadi Ketua Pengarang akhbar Majlis, sebuah akhbar yang berpengaruh di perTerigahan tahun 40-an dan awal tahun 50-an dan juga salah seorang tokoh Kesatuan Melayu Muda KMM yang bergerak bersama-sama Ibrahlm Haji Yaakub, Ishak Haji Muhammad, Ahmad Boestamam dan lain-lain. Kegiatan-kegiatannya inilah yang banyak memberinya semangat menghasilkan semula karya-karya lama dalam usaha mengembalikan kedudukan bangsa Melayu ke tempatnya yang sebenar.
Pada keseluruhannya, Sulalatus Salatin versi ini masih mempunyai persamaan asas dengan versi yang sedia ada. Bagaimanapun terdapat juga beberapa perbezaan yang menonjol yang rasanya tidaklah perlu diperjelaskan di sini kerana semuanya telah diSerituh oleh penyelenggara buku ini dengan panjang lebar dalam bahagian “Prolog” dan “Epilog”. Dalam kedua bahagian ini beliau telah membuat kajian dengan mendalam dan juga memberikan beberapa contoh kesilapan yang dilakukan oleh para pengedit versi Sejarah Melayu sebelum ini, terutamanya Teritang kesilapan mentranskripsikan ejaan jawi yang menyebabkan pengertian dan maknanya berubah. Hal ini mungkin juga disebabkan para pengedit yang terdiri dari sarjana-sarjana Barat ini kurang mendalam pengetahuan mereka dalam bahasa Melayu di samping kemungkinan didorong oleh sebab-sebab politik penjajah sebagaimana kita sekarang sebagai satu bangsa yang merdeka dan berdaulat ingin membuat tafsiran sejarah dari kepentingan dan kaca mata kita Sendiri.
Kami memanglah mengharapkan kajian-kajian yang serupa ini akan terus bertambah dan pihak Dewan Bahasa dan Pustaka Sentiasa menyediakan kemudahan-kemudahannya. Diharap penerbitan Sulalatus Salatin ini akan dapat memberi satu pandangan bam dalam menganalisa Sejarah Melayu terutamanya kepada para pengkaji dan peminat kesusasteraan Melayu.
Jun 1979